Sunday, September 28, 2008

Salam Perantauan



Salam perantauan ditujukan buat keluarga tersayang yang berada di Kuala Terengganu, sanak saudara yang berada di Malaysia, Pensyarah-pensyarah di KUDQI, rakan-rakan seperjuangan, sama ada yang berada di Malaysia mahupun di perantauan, rakan-rakan seperjuangan di UIN Indonisea, serta kepada seluruh umat Islam.

Ucapan: Salam lebaran, maaf zahir dan batin. Semoga pemergian ramadhan disambut dengan suatu pengajaran dalam permulaan untuk sebuah titik kehidupan yang lebih bermakna pada masa hadapan, serta kehadiran syawal diiringi dengan seribu satu kesyukuran dan kegembiraan atas rahmat dari Tuhan.


Dripada : Wan Mohd Tarazi bin Wan Hamzah
University Al-Azhar,Mesir,EGYPT.
(Kapsyen Gambar: www.inspirasikurazi.blogspot.com)

Wednesday, August 20, 2008

Gembira Ramadan ku dapat kecapi lagi

RAMADAN yang kita tunggu pemergiannya setahun lalu kini bertandang lagi. Kita yang beriman dan yakin pada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan.

Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadan bukan lagi satu rahsia. Allah sudah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.Ramadan juga mencatat sejarah gemilang kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan material tiga kali ganda dalam Ghazwah Badar al-Kubra.Ketibaan Ramadan, untuk kita memperbetulkan diri, meningkatkan iman dan mempersiapkan kekuatan serta bekalan. Seperti doa diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Apabila Rasulullah SAW melihat anak bulan Rejab, Baginda membaca bermaksud:“Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadan.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad)

Betapa besar kurniaan Allah kepada kita pada Ramadan, di mana Rasulullah SAW sudah mengajarkan kita berdoa supaya kita dihidupkan hingga sampai Ramadan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepada-Nya. Apabila tamat Ramadan tahun lepas, kita iringi pemergiannya dengan tangisan penuh ketakwaan dan air mata keinsafan.Kita maklum, sebarang amal kebajikan yang dilakukan akan diberi balasan berganda. Martabat pahalanya lebih tinggi jika ia dilakukan pada Ramadan. Sunat diberikan pahala wajib, yang wajib digandakan dengan gandaan berdasar keredaan kurniaan Allah.
Ketika Ramadan menjelang, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah :

1. • Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.
2. • Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
3. • Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.
4. • Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
5. • Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
6. • Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan. semogo Ramadan pada kali ini memberi satu berkat buat saya dan semua umat islam sedunia amin.

Jendela Hikmah:
Oleh Prof Madya Maznah Daud

Wednesday, August 6, 2008

Kemerdekaan Yang Sebenar

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51 kepada semua rakyat negara ini. Kesempatan ini saya ambil untuk mengajak saudara merenungi erti kemerdekaan sebenar kepada diri, masyarakat dan seterusnya negara.

Penjajah asing yang memerintah secara fizikal, telah mengakhiri kekejamannya 51 tahun lalu. Namun erti kemerdekaan itu seringkali disangsikan apabila kezaliman masih berleluasa. Daripada penjajahan asing, ia bertukar kepada bentuk penjajahan baru yang bermula dari penjajahan minda, melalui sistem pendidikan negara dan institusi pemerintahan negara ini di Malaysia banyak nama-nama besar pejuang kemerdekaan seperti Tuk Janggut, Dol Saaid, Dato Abdul Rahman Limbung, Dato Maharajalela, Dr Burhanuddin Helmi dan ramai lagi yang merupakan antara nama penting pejuang kemerdekaan.

Seluruh rakyat Malayisa kini terus diperingatkan betapa saat tibanya tarikh keramat 31 hb Ogos 2008 nanti maka genaplah umur kemerdekaan negara selama 51 tahun.. Kita telah diajar untuk selalu melihat ke belakang bila kita hendak melangkah ke hadapan. Hikmahnya ialah jangan membuat kesilapan yang sama bila kita bergerak ke hadapan dan mencari kekuatan dari pencapaian yang lalu buat memberi inspirasi untuk maju ke hadapan buat masa akan datang.

Dengan sebab itu kami berpandangan adalah sangat penting kita mendidik generasi muda supaya bukan sahaja mengingati hari kemerdekaan hanya sebagai sebuah masa untuk berhibur dengan pelbagai jenis konsert atas nama kemerdekaan. Yang paling penting ialah supaya kita bermuhasabah sepanjang perjalanan ini apakah yang telah kita tempohi, bagaimana segala hambatan dapat kita atasi dan sejauhmana kemajuan telah kita capai.

Pun begitu sangat peting generasi tua yang melihat sendiri bendera British diturunkan pada hari keramat di stadium merdeka yang sangat bersejarah itu menyampaikan berita dan kisah penting betapa jiwa merdeka yang dilonjakkan waktu itu dengan jeritan merdeka tidak membawa makna selaki kita belum mampu mencapai kemerdekaan yang sebenar dari segi minda , keyakinan diri , kemampuan dan semangat berdikari.

Selama 51 tahun usaha mengisi kemerdekaan telah diwarnai pelbagai ujian yang telah diharungi dengan bijaksana. Tetapi yang lebih besar ertinya bagi golongan tua ialah mengingatkan kepada generasi muda betapa banyak pengorbanan telah dicurahkan untuk mencapai kemerdakaan. Banyak air mata yang telah menitis , bukan sedikit darah telah mengalir dan tidak kecil bilangan jiwa yang terkorban untuk mencapai kemerdekaan. Kami juga mengingatkan betapa generasi muda kini perlu perlu dikembalikan semangat dan penghayatan kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Keruntuhan jati diri golongan muda bukan sahaja menandakan kelemahan jiwa dan moral , malah yang lebih penting ialah mendedahkan mereka kepada risiko dijajah semula bukan oleh pencerobohan ketenteraan akan melalui penjajah minda , budaya dan pemikiran. Sudah banyak tanda yang kita saksikan mengenai keruntuhan akhlak yang merunsingkan. Kita sedang menyaksikan keruntuhan daya ketahanan generasi muda yang rapuh. Dengan itu angka gejala sosial yang melibatkan golongn generasi muda tidak lagi dapat dibendung.

Dalam erti kala lain genegarsi muda jangan dibiarkan dengan sindrom "menyerah kepada keadaan sekitar" untuk mencorak diri mereka. Dengan asakan globalisasi yang merempuh semua bidang sesungguhnya anak muda tidak boleh hanya menyerah kepada kuasa lain untuk mencorak hiup mereka. Perlu ada suatu usaha untuk membina kekuatan anak muda semula supaya dapat mencontohi kelompok pejuang kemerdekaan.

Pada hakikatnya 51 tahun yang berlalu akan berlalu terus . Yang perlu kita bertanya apakah angka 51 tahun iaitu separuh dasawarsa mampu mengembalikan kita semula sebagai rakyat bermaruah , punya harga diri yang tinggi dan kecintaan kepada tanah air yang tidak berbelah bagi?

Kita perlu faham penjajahan semula boleh datang dalam berbagai bentuk. Dari rasa tidak yakin dengan diri sendiri sehingga merasa kerdil dengan produk yang datang dari luar. Dari rasa megah dengan pakaian yang bukan asli dari kita kepada berasa kagum dengan budaya dan gaya hidup orang lain. Penjajah dalam dunia yang dilanda globalisasi kini adalah melalui bentuk yang sangat abstrak tetapi lebih tajam dan berkesan.

p/s : Buat pengetahuan semua Altikal ini juga di ambil sedikit sebayak daripada Harakah.

Monday, July 21, 2008

Dua Perlawanan Persahabatan di Menoufia




"Pemain Shibin Al-Kom FC Menoufia"



Pada 20 july lalu jam 8 pagi, satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara tiga pasukan gergasi membabitkan pasukan tuan rumah Shibin Al-kom FC menentang pasukan daripada Tonto dan Kelantan yang telah diadakan pada hari Ahad di Dataran Istad Abasi’, Menoufia.

Perlawanan tersebut dianjurkan oleh pihak persatuan DPMS yang dikendali oleh Ustaz Aminuddin Alias dan disokong oleh Pengerusi DPMS, Pertama kali saya dan sahabat-sahabat saya yang baru datang pada tahun lepas berpeluang bermain untuk perlawanan persahabatan yang mana sebelum ini tiada lagi yang saya terlibat untuk perlawanan persahabatan itu.

Pada perlawan itu diwakili oleh ramai sahabat saya daripada Kudqi antaranya. Yang bermain dibahagia penyerang saudara Tarmizi yusof, pemain harapan Saudara Abdullah Khairy yang pernah kacau penjaga gol bagi memboleh gol di dalam satu perlawanan Piala Presidan, antaranya lagi pemain tegah yang juga selaku ketua pasukan Shibin Al-kom saudara azmi dan juga Saya di tugas untuk berkhidmat pada bahagian tengah, pada pertahan pula yang sebelum ini pernah bermain degan pasukan Kudqi tidak lain tidak bukan saudara Syahid Fauzan merupa pertahan yang kental dan kuat.

Di dalam perlawanan pertama, yang berkesudahan berpihak kepada pasukan Tonto dengan jarigan 1 gol tanpa balas. Dan pada perlawanan kedua menentang Kelantan kehebatan pasukan Shibin Al-kom FC telah terbukti apa bila penyerang kita saudara Tarmizi Yusof telah menyumbat 2 gol bagi membolehkan sorakan Emosi peminat Shibin Al-kom bergema di tepi padang , yang diwakili oleh saudara Azraie Ariffin, Abdul Rahim dan juga ramai Mahasiswa daripada Shibin.

Pada perlawanan separuh masa kedua perlawanan menjadi kuat apa bila pasukan pelawat mendapat 2 gol, Akhirnya perlawanan tersebut berkesudahan dangan seri 2 sama. Namun selesai perlawanan ketua pasukan saudara Azmi telah memberi pujian yang hebat di atas perlawanan tersebut kerana dapat bermain dengan bijak dan pandai.. Tahniah Untuk pasukan Shibin, dan kata pengurus Shibin Al-kom pula saudara Aminuddin, perlawanan persahabatan tersebut adalah perlawanan bagi nak mengeratkan Silatul Ramin dan juga untuk 'training' pada permainan sebenar untuk merebut kejuaran Piala Malaysia yang sudah hampir tiba. Pada kejuaranan tersebut yang bermula pada 26/7/2008 pada hari sabtu. Sekian wassalam…

Tuesday, July 8, 2008

Perjalananku semakin jauh


Menutut ilmu ini adalah Fardhu yang di wajib keatas manusia. Namun disana bayak liku-liku perjalanan kita perlu lalui pada cabaran, demi hari semakin berganti, sesaat kutinggal membawa rugi, dunia tanpa rasa adalah hal yang mengerikan. mimpi buruk yang tak pernah berakhir. sejarah tak pernah akan tertulis, dan kita tak akan pernah membacanya.Tapi rasa? kenapa harus juga rasa yang sama yang senantiasa datang, hadir dan beranak-pinak di sini? kenapa harus rasa yang ini yang mengalahkan rasa-rasa lain di dunia?bukankah ada kesedihan, ada kebahagiaan, ada kekecewaan, ada kenestapaan, ada kekalahan, ada kesepian sebagai warna-warna lain dari rasa?

Kehidupan bagaikan perjalanan seorang pengelana. Setiap langkah yang dilakukan menciptakan banyak jejak yang ditinggalkan. Kisah yang indah mengisi hari ataupun tragedi yang menyayat hati. Sebelum melangkah ke depan, ada baiknya kita melihat ke belakang. Dari 100 hari yang telah kita lalui, setiap harinya memiliki cerita sendiri. Setahun sudah kita lewati. Banyak hal terjadi. Telah mengunjungi berbagai tempat baru, orang-orang baru, pengalaman baru. Cerita tentang keluarga, tentang cinta, teman, maupun pendidikan di bumi ambia’ ini.

Mengenangnya semoga membuat kita sentiasa bersabar lebih baik di kemudian hari. Apa pun itu, selama kita berfikir positif, semuanya adalah yang terbaik untuk kita. Suka ataupun duka.Dan di esok hari, melangkah di tahun yang telah berganti, berbagai cerita pasti telah menanti. Jika segala sesuatu memang harus terjadi, mau tidak mau, kita semua harus siap menghadapi. Memahami perjalanannya. Cerita kita di dunia akan selamanya terus mengalir sampai nanti.

Apa pun aku perlu terima dengan hati yang tenang,tabah dan gembira, sesungguhnya Tuhan sentiasa menguji kita sejauh mana kita semua dapat bersabar.. apa yang kita harap kan di kemudian hari kita semua terlebih baik sebelum ini, namun kita tidak lari dri pada mengigati dan sentiasa berdoa pada yang maha pencipta.

-Luahan perasaan ini, membuat aku lebih bersemagat dikemudian hari…hehehehehehe..




Saturday, June 28, 2008

Rehlah ke Matroh dan Siwa

Baru-baru ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Al-kom telah menganjurkan satu rehlah tarbawiyah ke matroh dan siwa selama 3 hari 2 malam. Antara peserta yang mengikuti rehlah ini dikalagan sahabat saya dari pada Kudqi, Pertama kali saya dan sahabat-sahabat saya yang baru datang pada tahu lepas berpeluang mengikuti jaulah ini yang mana rehlah ini membawa satu pengetahuan yang bermakna dan pengalaman baru bagi saya juga rehlah ini dapat menjadikan satu panduan ke arah hala tuju yang betul bagi menyingkap hikmah ilmu seterusnya meningkatkan keinsafan tentang kebesaran Illahi. disamping menyuntik daya keinsafan dalam menyingkap rahsia keindahan dan keunikan alam ciptaan tuhan sebagai tanda kebesaran Allah dan dapat meribatkan ukhuwah islamiah bagi memupuk kebersamaan ahli dalam pelbagai aktiviti dan persepsi dengan memperkaya ilmu dan maklumat serta berpengalaman sepanjang permusafiran.


Pada hari pertama, kami mula bertolak pukul 7.30 pagi.dengan adanya bas yang akan membawa saya dan sahabat semua boleh dikatakan, perjalanan ini membawa satu kesabaran bagi saya, kerana dalam perjalanan ini Allah s.w.t nak uji kami semua disebabkan bas yang kami naik tiba-tiba rosak dalam perjalanan ke matroh. Walaupun perjalan ini tergendala ditengah padang pasir, bas yang rosak ini telah di baiki oleh pemandunya sendiri. Hasil kesabaran dan saling tolong menolong akhirnya bas ini hidup dan bertenaga semula. Sampai disana mula-mula sekali kami semua dibawa ke tempat kesan sejarah Perang Tiga Segi di El Alamien, sampai ke matroh kami pula ke pantai yang diberi nama 'Pantai Cleopatra Matroh', dan dibawa perjalan kami ke Teluk Aghibah, seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan untuk menginap.



Pada hari ke dua, kami akan bertolak ke siwa, saya dan sahabat-sahabat saya sempat bersarapan dahulu sebelum perjalanan ini yang memakan masa selama 6 jam. Sepanjang perjalanan ini hanya di kelilingi padang pasir yang luas dan terletak dibahagian barat Qattara di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara mesir Didalam perjalanan ini kami di saljikan alunan Al-quran dan aktiviti sebagai mana kami diberikan dengan pelbagai pengisian yang agak menarik bagi menghilangkan kelesuan sepanjang rehlah,diantaranya berkenalan di antara perserta,memberi ucapan,cabutan bertuah untuk peserta semua. Sampai di siwa kami semua diberi melawat sekitar siwa di samping bergambar. Seterusnya kami dibawa ke melawat kubu Iskandar Zulkarnain,melawat Ma’bad Amoun,melawat Kolam Cleopatra,Melawat Jazirah Fatmas,Melawat Jabal Mauta, dan setelah selesai kami Melawat semua kami pun pulang ke Matroh.





Pada hari ke tiga, di hari terakhir kami semua dibawa ke pantai Ghuram (matroh) untuk bermandi manda serta untuk rehat minda yang mana pantai ini terletak lebih kuranng 1 km dari tempat penginapan. Pantai Ghuram ini merupakan kawasan yang paling bersesuaian untuk bermandi manda kerana pantainya yang bersih dan tenang dari keganasan ombak, di samping itu juga tidak terlepas untuk saya dan sahabat bergambar di sekitar tempat menarik. Selesai kami bersantai di tepi pantai akhirnya kami pulang k penginapan untuk bersiap sedia untuk pulang ke Shibin. Tepat jam pukul 12 Tegahari kami semua pulang, di dalam kepulangan ini pihak pengarah penganjur ustaz kamaruddin telah berucap sebagai ucapan penutup dan ucapan yang diberi menyatakan kesyukuran beliau diatas kejayaaan Unit Smbutan dan Rehlah pada tahun ini bagi mengadakan rehlah seumpama ini.Semoga tema rehlah yang dibawa "Menjejak Sirah Mengasak Fikrah" mampu menatijahkan hikmah dan mutiara yang berharga dalam merealisasikan jaulah yang Mendukung kearah Jatidiri Mahasiswi Rabbani".



Thursday, June 26, 2008

Sejarah Matroh dan Siwa di Bumi Mesir



Pengenalan Matroh dan Siwa
Matroh merupakan sebuah pekan pantai, tempat Ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matroh atau nama asalnya Marsi Matroh terletak di barat laut Mesir. Jarak ke Matroh adalah 600 km dari kaherah, mengambil tempoh sembilam jam perjalanan. Perjalanan menuju ke Matroh ini dikelilingi padang pasir dan melalui kota Iskandariah dan al-'Alamin. Matroh juga merupakan pusat peranginan sederhana pada musim panas yang mempunyai mercu tanda seekor kijang. Buah Thin dan Anggur merupakan tanaman utama bagi Matroh.




Siwa dikenali dengan nama Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam, 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama ketiga bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazirah Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi kebun tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara, di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir. Jaraknya ke Tenggara Matroh sekitar 300 km. Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi. Pengeluar balah billuz, minyak zaitun, buah zaitun dan buah kurma yang terbesar di Mesir juga kota kedua di dunia pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan Bahasa Barbar (bahasa Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka juga merupakan antara golongan yang payah untuk menerima Islam pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila memeluk agama Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam.


Pantai Cleopatra (Bahar Cleopatra/ Laut Cleopatra)


Di sini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi). Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang paling merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam.

Pantai Ajibah (Bahar Ajibah/ Laut Ajaib)


Dinamakan Bahar Ajibah kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.

Pasar Libya (Suk Libya)

Merupakan tempat membeli belah yang amat terkenal di bandar Marsa Matroh. Di sini terdapat pelbagai barang seperti makanan, pakaian barang-barang hiasan dan barang-barang keperluan lain. Harga barangan di sini juga amat berpatutan. Kebanyakan barang yang terdapat di sini berasal dari dari negara jiran iaitu Libya.

Jabal Mouta


Dinamakan Jabal Mouta kerana di sini adalah tempat menyimpan mayat penduduk Siwa.Terdapat lukisan di dinding-dinding yang menceritakan dan menggambarkan kisah perkahwinan Ratu Cleopatra dan Mark Anthony. Ia merupakan tempat simpanan harta, emas dan barangan berharga. Tetapi barangan ini dikatakan telah dicuri oleh penjajah. Terdapat satu bilik yang menyimpan mumia.


Jazira Fatmas


Dinamakan Jazira Fatmas kerana terletak di tengah-tengah laut Siwa. Disitu juga terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Berhampiran dengannya terdapat sebuah kolam mandi sedalam 7m dan lebih dalam daripada kolam Cleopatra.



Kolam Cleopatra



Kedalaman kolam ini lebih kurang lima meter. Dimaklumi kolam ini merupakan sumber utama bekalan air di Siwa. Terdapat suatu keajaiban kerana kolam ini tidak pernah kering dari dahulu sehingga sekarang.


Kota Lama Siwa


Lokasinya yang strategik dan kotanya yang begitu besar terlatak di antara dua bukit. Dari atas kota lama para pengunjung boleh melihat pamandangan Kubu Iskandar The Great, Tasik Garam dan Jabal Mouta. Pengunjung-pengunjung juga dapat melihat pemandangan Siwa yang antik dengan tanahnya yang subur dan ladang-ladangnya yang luas.


Kubu Iskandar

Terdapat sebuah lubang untuk mengambil bekalan air dari sebuah telaga yang terdapat di kaki bukit. Tempat yang tersembunyi ini adalah sebagai salah satu strategi peperangan yang tidak mampu dikalahkan oleh musuh. Satu ketika dahulu terdapat satu berhala yang mewakili tuhan matahari di puncak bukit. Dikatakan Iskandar The Great meminta pertolongan daripada berhala tersebut apabila ditimpa sebarang permasalahan. Tetapi berhala tersebut telah rosak semasa Perangan Dunia Ke II yang pernah dijadikan sebagai kubu peperangan oleh tentera Jerman. Masih terdapat tulisan masyarakat Firaun dahulu di pintu gerbang. Terdapat sebuah bilik kecil yang digunakan oleh pendita dan ahli agama pada zaman dahulu. Manakala di sebelah kiri kubu terdapat tempat pentadbiran tentera yang ditawan.








bar iklan Pictures, Images and Photos
ucapan puasa Pictures, Images and Photos
Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO