Thursday, May 29, 2008

TANGISAN HARAPAN DEMI KEAMANAN

Assalamualaikum, bila mana kita memperkatakan bahawa kedamaian (keamanan) harus hadir dalam kehidupan kita dan juga insan semuanya, bererti kita tahu apa yang hendak didamaikan, berusaha untuk mendapatkannya dan seterusnya berjuang untuk mempertahankannya. Jadi harus dikerahkan terus-menerus usaha mempertahankan kedamaian dan melindungi kedamaian menerusi segala aspek. Sebagai seorang yang mempercayai kewujudan Tuhan Yang Esa dan umat Rasulullah s.a w, kita harus sedar bahawa kedamaian sebenarnya adalah dibawah kudrat Allah semata-mata dan Allah sahaja yang mampu melindungi kita dari segala musibah yang mengugat kedamaian yang dikecapi kita. "Hasbunallah wanikmalwakil" adalah kalimah yang mana pengharapan pertama-tamanya kita hanya pada Allah semata-mata. Jesteru itu usaha yang pertama adalah bagaimana kita dapat membawa agama yang sempurna dalam kehidupan harian kita. Dengan membawa amal-amal solehan dalam diri kita, keluarga kita dan juga umat sekaliannya, kita sebenarnya membuka pintu rahmat Allah dan masuk kedalam suatu ikatan janji dibawah perlindungan Allah Yang Maha Perkasa. Kekuatan umat ini tidak seperti mereka yang ingkar pada Allah, mereka yang ingkar kepada Allah hanya bergantung sepenuhnya pada asbab (nanti dihari pengadilan, Allah menyeru mereka ini memohon pertolongan pada benda-benda yang disembah, maka tiadalah benda-benda itu dapat menolong mereka dari azab pedih Allah), tanpa senjata mereka lemah, tanpa ubat mereka sakit dan seterusnya.


Tetapi untuk umat mulia ini, kekuatan kita sebenar adalah pada amal yang petunjuk yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Sememangnya kita memerlukan asbab, kerana dunia ini adalah darul asbab, tetapi pertama-tamanya, kita diwajibkan mempunyai keyakinan penuh bahawa segala asbab dibawah kuasa mutlak Allah semata-mata, dan Allah sahaja yang mengizinkan sesuatu itu berfungsi atau berlaku. Asbab adalah sunnah tetapi menyakini asbab adalah syirik. Yakinlah kita dengan sebenar-benar yakin pada Allah semata-mata kerana telah diriwayatkan pada kita bahawasanya jika seluruh mahluk bersatu dan cuba memudaratkan kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya begitu juga, sekiranya seluruh mahluk bersatu untuk memberi manfaat pada kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya.


Dipetik sumber maklumat : http://www.freewebs.com

Wednesday, May 28, 2008

MEMBINA HUBUGAN PERSAUDARAAN



اسلام خينتاكن كأمانن دان فرساوداراءن
Islam memberikan perhatian yang amat penting terhadap persoalan persaudaraan dengan menyuruh umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara ukhuwwah kerana ukhuwwah merupakan asas kekuatan bagi umat Islam. Di samping ia juga menambahkan keimanan dan ketakwaan dalam diri setiap muslim. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa membajai hati kita dengan sifat-sifat berkasih sayang terhadap sesama manusia khususnya umat Islam dan semua mahkluk ciptaan Allah s.w.t. dengan memiliki sifat seperti berkasih sayang dan rasa saling percaya mempercayai pada sesama manusia, ianya merupakan landasan kearah mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling bekerjasama diantara satu sama lain.

Persaudaraan hasil daripada ikatan aqidah yang satu serta rela berkorban melakukan apa sahaja kebaikan untuk orang lain atau saudara seagama merupakan setinggi-tinggi darjat persaudaraan. Dan ini telah dibuktikan oleh Baginda Rasullullah s.a.w. dan para sahabat melalui persaudaraan diantara kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah yang merupakan penduduk peri bumi di awal permulaan hijrah Baginda Rasullullah s.a.w. sehingga dapat melahirkan umat yang sanggup berkorban demi untuk suudara seagama dan memberi kekuatan kepada umat Islam.

Kisah mereka telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Hasyr ayat 9 :


Bermaksud : " dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum kedatangan mereka (orang-orang Muhajirin) mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka. dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkehendak kepada apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil maka merekalah orang-orang yang berjaya ".

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa melalui persaudaran sahajalah, dapat melahirkan suasana saling bekerjasama dan sanggup berkorban, melupakan soal kepentingan diri sendiri demi membina kemajuan dan melahirkan kesatuan ummah yang cemerlang terutama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap sesama manusia ( حَبْلٌ مِن َالناس) dan juga tanggungjawab terhadap Allah ( حَبْلٌُ مِنَ اللهِ ).

Didalam Islam orang-orang yang hidupnya sentiasa menjaga persaudaraan, mereka akan diberikan beberapa keutamaan oleh Allah s.w.t. diantaranya :

PERTAMA : Pada Hari Kiamat, Mereka Akan Berada Di Bawah Naungan Arasy Allah.

Sabda Rasullullah s.a.w. :

"عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم : ( إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُوْلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلاَلِى، اَلْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِى ظِلِّى يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّى)".

Bermaksud : " Sesungguhnya Allah s.w.t. pada hari Kiamat berfirman : (dimanakah orang yang kasih mengasihi kerana keagongan-Ku? Pada hari ini aku akan menaungi mereka didalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku ) " .
( Hadis riwayat Muslim )

KEDUA : Mereka Merasakan Manisnya Iman .

Sabda Rasullullah s.a.w. :

"عَنْ أَنَسْ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النبى صلى الله عليه وسلم قَالَ : (ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيْمَانِ : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ للهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ)".
Bermaksud : " sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya ia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa ia mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan ia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta ia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas ia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam api neraka . "
( Hadis riwayat bukhari dan Muslim )


KETIGA : Dosa-Dosa Mereka Diampuni Oleh Allah .

Sabda Rasullullah s.a.w.:

"عَنِ الْبَرَّاءِ رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا)".

Bermaksud : " Daripada al-Bara' r.a. katanya : telah bersabda Rasulullah s.a.w. : tiada diantara dua orang Islam yang bertemu maka lalu berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah ".
( riwayat Abu Daud dan Tarmizi )


Malangnya umat Islam pada hari ini sedang berada dalam satu keadaan yang amat mengelirukan iaitu diantara pegangan ajaran agama dan amalan seharian. Islam menyeru umatnya bersatu padu dan berkasih sayang tatapi realitinya terdapat sebahagian umat Islam pada hari ini berpecah, bermusuh-musuhan, berpuak-puak dan lebih menyedihkan sanggup membunuh sesama sendiri. Semakin banyak seruan yang menyeru kepada kesatuan, maka semakin ketara keretakan dan perpecahan di kalangan umat Islam, dimana silapnya dan bila keadaan ini akan berakhir ?.

Keadaan yang mengelirukan ini ditambah lagi dengan konflik sesama sendiri dengan fitnah menfitnah, tuduh menuduh, hasut menghasut dan benci membenci antara satu sama lain. Keadaan ini sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya berkasih sayang, hormat menghormati, bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t. didalam surah Ali – Imran 103 ِ :

Maksudnya : " dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali agama Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu,) lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam,) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga ) demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya ".

Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk memantapkan persaudaraan ialah :

1 . Memberi Salam Apabila Bertemu Antara Satu Sama Lain.

2 . Sentiasa berhubung untuk bertanya khabar samada dengan bertemu secara langsung atau dengan apa sahaja cara perhubungan yang ada pada zaman yang serba canggih dan moden pada hari ini.

3 . Bantu membantu antara satu sama lain.

4 . Malazimkan ziarah menziarahi sebagai satu amalan hidup .
Oleh itu marilah kita mengukuhkan lagi persaudaraan dikalangan kita, janganlah kita berbalah diantara satu sama yang lain agar kita tidak mudah dijajah oleh musuh-musuh Islam. Marilah kita merendahkan diri dan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam yang semakin terhakis dan ingatlah penderitaan saudara Islam kita. Kita akan dipersoalkan dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak mengenai tanggungjawab yang telah kita jalankan terhadap mereka.

Sumber rujukan : Khutbah Jumaat Di masjid Abu bakar Shibin Al-Kom

bar iklan Pictures, Images and Photos
ucapan puasa Pictures, Images and Photos
Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO