Sunday, June 22, 2008

Wadah Perjuangan Mahasiswa di Bumi Mesir



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,.....

Perjuangan mahasiswa merupakan satu gaya hidup yang semestinya diambil berat oleh setiap mahasiswa amnya dan Azhari khasnya. Mahasiswa merupakan harapan negara yang bakal mencorakkan hala tuju sesebuah negara. Oleh itu setiap individu mahasiswa perlu berani menyatakan segala pandangan yang di dasarkan dengan ilmu yang jitu bagi mematangkan pemikiran seseorang mahasiswa.

Kehidupan seorang pelajar perlu dilatih untuk bercampur dengan masyarakat dan juga keadaan pimpinan terbaik. lantaran itu, tugas dan amanah yang di berikan bukanlah kita hanya membanggakan diri tetapi sebagai satu amanah dan tanggunjawabkan untuk kita melaksanakan suruhan Allah s.w.t ini. tugas dan amal untuk meyampaikan ilmu ini mesti ikhlas kerana Allah s.w.t dan dengan ini, secara tidak langsung kita akan melatih diri kita beramal ikhlas kerana Allah dan bukan semata-mata ganjaran dan penghargaan yang diharapkan. Rasuluallah s.a.w telah bersabda : "Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak ada sifat amanah di dalam dirinya..."



Dalam memastikan kita sentiasa diperingatkan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin Al-kom telah bayak merancang bagi setiap tahun untuk mengadakan kelas pengajian tafaquh bagi memantap diri kita dengan ilmu agama. dan pada tahun ini saya juga selaku pelajar baru tinggal di bumi Shibin Al-kom sempat bersama mengikut pengajian tafaquh ini. selain itu juga, bayak program yang telah di laksanakan antaranya, mengadakan kelas tambahan, kempen ke kuliah, festival Thaqafah, kolokium ilmuan dan sebagainya...

p/s Insyallah paparan ini saya tujukan pada semua mahasiswa/mahasiswi dan jika di izinkan bayak masa saya akan perbarukan lagi altikal lain nanti.





Saturday, June 14, 2008

Tentang bola dan keputusan EURO2008

Asalamualikum w.a.t
Pada kali ini saya ada memaparkan kisah bola EURO2008 yang semakin hangat di perkatakan. apa yang saya tahu boleh dikatakan 80% peminat bola di dunia ini termasuk juga pada saya yang mane kita ketahwi satu-satunya sukan yang popular.. Oleh itu , saya cuma berpesan dan nasihat menasihati sesama manusia agar tidak lupa pada kewajipan kita dan taat kepada Allah S.W.T dengan kita tidak leka pada solat lima waktu dan solat berjamaah , sesungguhnya di sisi Allah itu amat besar pahala bagi orang yang menyegerakan solat lima waktu dan amat buruk bagi orang yang melegahkan sembahyang...Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

  • Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

  • Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

  • Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

  • Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


bola-bola gok solat jangan lupa tu...



p/s Untuk lihat keputusan dan jadual terkini EURO2008,sila bawa moust anda ke tempat yang di tuju sebagai mane yang tertera jadual di atas . harap maklum..

Friday, June 13, 2008

Kisah berkat di sebalik membaca bismillah





Asalamualaikum..w.a.t
Pertama sekali, marilah kita sama-sama renung pada kisah di sebalik membaca bismillah ini namun disana kita dapat tahu betapa berkatnya dengan kita menyebut nama allah...
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

p/s :terima kasih sbb sudi baca blog saya..
Kebanyakannya saya copy 'n' paste drpd website lain.
Berkongsi ilmu itu banyak kebaikannya..mudah2an kita
sama2 beramal dgn ilmu yang ada.Insya-Allah..




Monday, June 2, 2008

SEGENGGAM TABAH SESUDAH IMTIHAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,

Sudah beberapa minggu rasanya ruangan blog saya ini tidak berusik. Banyak perkara yang lebih penting untuk saya lakukan. Kedatangan mahasiswa baru pada tahun ini di bumi Shibin al- Kom amat mengejutkan kerana terlalu ramai kawan yang ditauzikkan ke sini. Saya tidak tahu berapa ramai yang menjadikan Shibin sebagai tempat pilihan. Tapi apa yang saya nampak sebagai pemburu ilmu di sini dapat merasakan keistimewaan dan keunikan yang terdapat di negeri ini.Apa yang boleh saya katakan Shibin memang best. Sebenarnya di mana kita belajar bukanlah itu yang menjadi ukuran kerana setiap tempat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T itu ada barakah dan hikmahnya. Yakinilah kerana itu semua adalah percaturan dan perancangan Allah S.W.T yang Maha Merancang.Allahuakbar...


Alhamdulillah, selesai sudah peperikasaan fasal dua bagi tahun ini. Bermula dari 17 May ( Al-Quran) hinggalah 2 June(Khutbah).Namun dengan berbekal dengan bacaan dan hafalam dapatlah saya jawab sekadar termampu sahaja dan tawakkal kepada Allah S.W.T juga kita tidak lupa juga sentiasa berdoa moga diberi kejayaan yng cermerlang buat sya dan rakan-rakan semua semoga kita tabah sesudah imtihan ini. Habis periksa bukanlah bereti merdeka buat seketika waktu sehingga naik ke naik tahun. Tapi dalam tempoh perantaraan itu perlulah di susuli dengan ilmu luaran dan dihiasi dengan amalan secara praktikal terhadap apa yang telah kita pelajari.Barulah kita dapat menikmati kepuasan ilmu.


Benarlah bahawa kehidupan di dunia ini amat sibuk bagi mereka yang mengerti. Usaha ini sebenarnya bukan sahaja menguntungkan,tetapi beroleh keberkatan dan pandangan daripada Allah S.W.T. Kita lihat saja hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
من تعلم بابا من العلم يعمل به أو لم يعمل به كان أفضل من أن يصلى من ألف ركعة تطوعا
(Barangsiapa yang mempelajari akan satu bab daripada ilmu sama ada beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik daripada bersembahyang sunat sebanyak seribu rakaat)
Ini menunjukkan bahawa bahawa ilmu itu adalah satu perkara yang amat besar dan di sisi Islam. Tetapi dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu,mengamalkan terhadap apa yang dipelajari adalah satu kemestian agar apa yang kita pelajari itu tidak menjadi seperti debu yang berterbangan ( هباء منثورا ).


Kata seorang ahli hikmah yang bermaksud : Ilmu jika tidak mengamalkannya umpama pokok yang tidak berbuah. Sia-sialah kesimpulannya. Ilmu adalah sungguh mahal dan tinggi nilainya jika tahu untuk mencambah dan menunaskannya. Lampu sebagai contoh, ia amat berguna kerana boleh mengeluarkan cahaya. Tetapi jika tidak boleh mengeluarkan cahaya akan menjadikan lampu itu hilang nilainya kerana tidak boleh dimanfaatkan. Apa gunanya ada lampu jika tidak boleh mengeluarkan cahaya. Lebih baik dibuang sahaja daripada menyemak. Begitu juga dengan ilmu,apa gunanya jika kita belajar sejauh kutub utara, ilmu seluas lautan, kefahaman menggunung tinggi. Tetapi tidak mengundang manfaat untuk diri sendiri apatah lagi orang lain. Cara untuk kita mensyukuri nikmat ilmu yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita ialah mengamalkan atas apa yang kita pelajari. Bukankah amalan itu akan menjadi bekalan kita untuk bertemu dengan Allah S.W.T kelak selain disertai dengan sifat takut dan mengharap kepadaNya.

Sunday, June 1, 2008

Salahuddin Al-Ayubbi panglima agung Islam



Salahuddin Al-Ayubbi (Saladin)Adalah panglima agung islam yang menentang tentara Kristian di dalam Perang Salib pada Abad ke-12 dan membina empayar Islam serta menyatupadukan umat Islam seluruhnya. Salahuddin Al-Ayubbi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Salah-al-Din Yusuf Ibn-Ayyubi‎, bahasa Kurd: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.



Rinkasan sejarah :Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.


Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.


Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.


Sila layari laman web ini jika igin lihat THE ANIMATED SERIES
Trailer:
http://video.google.com/videoplay?docid=4897952191553400111

WORLD CLOCK

Thursday, May 29, 2008

TANGISAN HARAPAN DEMI KEAMANAN

Assalamualaikum, bila mana kita memperkatakan bahawa kedamaian (keamanan) harus hadir dalam kehidupan kita dan juga insan semuanya, bererti kita tahu apa yang hendak didamaikan, berusaha untuk mendapatkannya dan seterusnya berjuang untuk mempertahankannya. Jadi harus dikerahkan terus-menerus usaha mempertahankan kedamaian dan melindungi kedamaian menerusi segala aspek. Sebagai seorang yang mempercayai kewujudan Tuhan Yang Esa dan umat Rasulullah s.a w, kita harus sedar bahawa kedamaian sebenarnya adalah dibawah kudrat Allah semata-mata dan Allah sahaja yang mampu melindungi kita dari segala musibah yang mengugat kedamaian yang dikecapi kita. "Hasbunallah wanikmalwakil" adalah kalimah yang mana pengharapan pertama-tamanya kita hanya pada Allah semata-mata. Jesteru itu usaha yang pertama adalah bagaimana kita dapat membawa agama yang sempurna dalam kehidupan harian kita. Dengan membawa amal-amal solehan dalam diri kita, keluarga kita dan juga umat sekaliannya, kita sebenarnya membuka pintu rahmat Allah dan masuk kedalam suatu ikatan janji dibawah perlindungan Allah Yang Maha Perkasa. Kekuatan umat ini tidak seperti mereka yang ingkar pada Allah, mereka yang ingkar kepada Allah hanya bergantung sepenuhnya pada asbab (nanti dihari pengadilan, Allah menyeru mereka ini memohon pertolongan pada benda-benda yang disembah, maka tiadalah benda-benda itu dapat menolong mereka dari azab pedih Allah), tanpa senjata mereka lemah, tanpa ubat mereka sakit dan seterusnya.


Tetapi untuk umat mulia ini, kekuatan kita sebenar adalah pada amal yang petunjuk yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Sememangnya kita memerlukan asbab, kerana dunia ini adalah darul asbab, tetapi pertama-tamanya, kita diwajibkan mempunyai keyakinan penuh bahawa segala asbab dibawah kuasa mutlak Allah semata-mata, dan Allah sahaja yang mengizinkan sesuatu itu berfungsi atau berlaku. Asbab adalah sunnah tetapi menyakini asbab adalah syirik. Yakinlah kita dengan sebenar-benar yakin pada Allah semata-mata kerana telah diriwayatkan pada kita bahawasanya jika seluruh mahluk bersatu dan cuba memudaratkan kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya begitu juga, sekiranya seluruh mahluk bersatu untuk memberi manfaat pada kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya.


Dipetik sumber maklumat : http://www.freewebs.com
bar iklan Pictures, Images and Photos
ucapan puasa Pictures, Images and Photos
Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO