Sejarah Matroh dan Siwa di Bumi Mesir
Pengenalan Matroh dan Siwa
Siwa dikenali dengan nama Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam, 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama ketiga bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazirah Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi kebun tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara, di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir. Jaraknya ke Tenggara Matroh sekitar 300 km. Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi. Pengeluar balah billuz, minyak zaitun, buah zaitun dan buah kurma yang terbesar di Mesir juga kota kedua di dunia pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan Bahasa Barbar (bahasa Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka juga merupakan antara golongan yang payah untuk menerima Islam pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila memeluk agama Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Di sini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi). Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang paling merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam.
Dinamakan Bahar Ajibah kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.
Jabal Mouta
Dinamakan Jabal Mouta kerana di sini adalah tempat menyimpan mayat penduduk Siwa.Terdapat lukisan di dinding-dinding yang menceritakan dan menggambarkan kisah perkahwinan Ratu Cleopatra dan Mark Anthony. Ia merupakan tempat simpanan harta, emas dan barangan berharga. Tetapi barangan ini dikatakan telah dicuri oleh penjajah. Terdapat satu bilik yang menyimpan mumia.
Jazira Fatmas
Dinamakan Jazira Fatmas kerana terletak di tengah-tengah laut Siwa. Disitu juga terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Berhampiran dengannya terdapat sebuah kolam mandi sedalam 7m dan lebih dalam daripada kolam Cleopatra.
Kolam Cleopatra
Lokasinya yang strategik dan kotanya yang begitu besar terlatak di antara dua bukit. Dari atas kota lama para pengunjung boleh melihat pamandangan Kubu Iskandar The Great, Tasik Garam dan Jabal Mouta. Pengunjung-pengunjung juga dapat melihat pemandangan Siwa yang antik dengan tanahnya yang subur dan ladang-ladangnya yang luas.
Terdapat sebuah lubang untuk mengambil bekalan air dari sebuah telaga yang terdapat di kaki bukit. Tempat yang tersembunyi ini adalah sebagai salah satu strategi peperangan yang tidak mampu dikalahkan oleh musuh. Satu ketika dahulu terdapat satu berhala yang mewakili tuhan matahari di puncak bukit. Dikatakan Iskandar The Great meminta pertolongan daripada berhala tersebut apabila ditimpa sebarang permasalahan. Tetapi berhala tersebut telah rosak semasa Perangan Dunia Ke II yang pernah dijadikan sebagai kubu peperangan oleh tentera Jerman. Masih terdapat tulisan masyarakat Firaun dahulu di pintu gerbang. Terdapat sebuah bilik kecil yang digunakan oleh pendita dan ahli agama pada zaman dahulu. Manakala di sebelah kiri kubu terdapat tempat pentadbiran tentera yang ditawan.
Untuk apa bercerita tentang mesir,Negara Firaun yg sampai sekarang di bawah pengaruhnya.
Ada ulama hebat,tapi hanya boleh bercakap,tak ada daya menentang kezaliman Yahudi.
salam, untuk perhatian komen di atas,dia sebagai student hendak lah mengetahui selok belok tentang mesir tu,kan itu untk pengetahuan am je kan.name lg rehlah, jd kene ambil tahu pasal tempat2 yg hendak di lawat,jd kite pakat ambil iktibar la ,ambil yg baik,buang yg buruk
pasal tu, kite tgk pulok kepada pemerintah mesir ni ,mcm mn dia punya aliran,mmg la mesir ni ramai ulama hebat,wali2 jugak ramai tp oleh kerana pemerintah mesir ni berkiblatkan amerika dan israel tu yg payah tu.........
Post a Comment