Wednesday, August 6, 2008

Kemerdekaan Yang Sebenar

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51 kepada semua rakyat negara ini. Kesempatan ini saya ambil untuk mengajak saudara merenungi erti kemerdekaan sebenar kepada diri, masyarakat dan seterusnya negara.

Penjajah asing yang memerintah secara fizikal, telah mengakhiri kekejamannya 51 tahun lalu. Namun erti kemerdekaan itu seringkali disangsikan apabila kezaliman masih berleluasa. Daripada penjajahan asing, ia bertukar kepada bentuk penjajahan baru yang bermula dari penjajahan minda, melalui sistem pendidikan negara dan institusi pemerintahan negara ini di Malaysia banyak nama-nama besar pejuang kemerdekaan seperti Tuk Janggut, Dol Saaid, Dato Abdul Rahman Limbung, Dato Maharajalela, Dr Burhanuddin Helmi dan ramai lagi yang merupakan antara nama penting pejuang kemerdekaan.

Seluruh rakyat Malayisa kini terus diperingatkan betapa saat tibanya tarikh keramat 31 hb Ogos 2008 nanti maka genaplah umur kemerdekaan negara selama 51 tahun.. Kita telah diajar untuk selalu melihat ke belakang bila kita hendak melangkah ke hadapan. Hikmahnya ialah jangan membuat kesilapan yang sama bila kita bergerak ke hadapan dan mencari kekuatan dari pencapaian yang lalu buat memberi inspirasi untuk maju ke hadapan buat masa akan datang.

Dengan sebab itu kami berpandangan adalah sangat penting kita mendidik generasi muda supaya bukan sahaja mengingati hari kemerdekaan hanya sebagai sebuah masa untuk berhibur dengan pelbagai jenis konsert atas nama kemerdekaan. Yang paling penting ialah supaya kita bermuhasabah sepanjang perjalanan ini apakah yang telah kita tempohi, bagaimana segala hambatan dapat kita atasi dan sejauhmana kemajuan telah kita capai.

Pun begitu sangat peting generasi tua yang melihat sendiri bendera British diturunkan pada hari keramat di stadium merdeka yang sangat bersejarah itu menyampaikan berita dan kisah penting betapa jiwa merdeka yang dilonjakkan waktu itu dengan jeritan merdeka tidak membawa makna selaki kita belum mampu mencapai kemerdekaan yang sebenar dari segi minda , keyakinan diri , kemampuan dan semangat berdikari.

Selama 51 tahun usaha mengisi kemerdekaan telah diwarnai pelbagai ujian yang telah diharungi dengan bijaksana. Tetapi yang lebih besar ertinya bagi golongan tua ialah mengingatkan kepada generasi muda betapa banyak pengorbanan telah dicurahkan untuk mencapai kemerdakaan. Banyak air mata yang telah menitis , bukan sedikit darah telah mengalir dan tidak kecil bilangan jiwa yang terkorban untuk mencapai kemerdekaan. Kami juga mengingatkan betapa generasi muda kini perlu perlu dikembalikan semangat dan penghayatan kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Keruntuhan jati diri golongan muda bukan sahaja menandakan kelemahan jiwa dan moral , malah yang lebih penting ialah mendedahkan mereka kepada risiko dijajah semula bukan oleh pencerobohan ketenteraan akan melalui penjajah minda , budaya dan pemikiran. Sudah banyak tanda yang kita saksikan mengenai keruntuhan akhlak yang merunsingkan. Kita sedang menyaksikan keruntuhan daya ketahanan generasi muda yang rapuh. Dengan itu angka gejala sosial yang melibatkan golongn generasi muda tidak lagi dapat dibendung.

Dalam erti kala lain genegarsi muda jangan dibiarkan dengan sindrom "menyerah kepada keadaan sekitar" untuk mencorak diri mereka. Dengan asakan globalisasi yang merempuh semua bidang sesungguhnya anak muda tidak boleh hanya menyerah kepada kuasa lain untuk mencorak hiup mereka. Perlu ada suatu usaha untuk membina kekuatan anak muda semula supaya dapat mencontohi kelompok pejuang kemerdekaan.

Pada hakikatnya 51 tahun yang berlalu akan berlalu terus . Yang perlu kita bertanya apakah angka 51 tahun iaitu separuh dasawarsa mampu mengembalikan kita semula sebagai rakyat bermaruah , punya harga diri yang tinggi dan kecintaan kepada tanah air yang tidak berbelah bagi?

Kita perlu faham penjajahan semula boleh datang dalam berbagai bentuk. Dari rasa tidak yakin dengan diri sendiri sehingga merasa kerdil dengan produk yang datang dari luar. Dari rasa megah dengan pakaian yang bukan asli dari kita kepada berasa kagum dengan budaya dan gaya hidup orang lain. Penjajah dalam dunia yang dilanda globalisasi kini adalah melalui bentuk yang sangat abstrak tetapi lebih tajam dan berkesan.

p/s : Buat pengetahuan semua Altikal ini juga di ambil sedikit sebayak daripada Harakah.

Seja o primeiro a comentar

bar iklan Pictures, Images and Photos
ucapan puasa Pictures, Images and Photos
Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO