TANGISAN HARAPAN DEMI KEAMANAN
Jesteru itu usaha yang pertama adalah bagaimana kita dapat membawa agama yang sempurna dalam kehidupan harian kita. Dengan membawa amal-amal solehan dalam diri kita, keluarga kita dan juga umat sekaliannya, kita sebenarnya membuka pintu rahmat Allah dan masuk kedalam suatu ikatan janji dibawah perlindungan Allah Yang Maha Perkasa. Kekuatan umat ini tidak seperti mereka yang ingkar pada Allah, mereka yang ingkar kepada Allah hanya bergantung sepenuhnya pada asbab (nanti dihari pengadilan, Allah menyeru mereka ini memohon pertolongan pada benda-benda yang disembah, maka tiadalah benda-benda itu dapat menolong mereka dari azab pedih Allah), tanpa senjata mereka lemah, tanpa ubat mereka sakit dan seterusnya. Tetapi untuk umat mulia ini, kekuatan kita sebenar adalah pada amal yang petunjuk yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Sememangnya kita memerlukan asbab, kerana dunia ini adalah darul asbab, tetapi pertama-tamanya, kita diwajibkan mempunyai keyakinan penuh bahawa segala asbab dibawah kuasa mutlak Allah semata-mata, dan Allah sahaja yang mengizinkan sesuatu itu berfungsi atau berlaku. Asbab adalah sunnah tetapi menyakini asbab adalah syirik. Yakinlah kita dengan sebenar-benar yakin pada Allah semata-mata kerana telah diriwayatkan pada kita bahawasanya jika seluruh mahluk bersatu dan cuba memudaratkan kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya begitu juga, sekiranya seluruh mahluk bersatu untuk memberi manfaat pada kita, jika Allah tidak mengizinkan, mereka tidak dapat melakukannya.
Dipetik sumber maklumat : http://www.freewebs.com













