Friday, April 24, 2009

Kenangan yang lalu...



Seulas kata renungan

entah mengapa kali ini..
hati ku beria-ia benar..
mahu mewujudkan satu laman
sempena memperingati si dia..
mungkin aku takut..
akan lupai nya suatu masa nanti..
dan laman ini juga satu bukti kepada umum..
dan juga pada diri aku sendiri..
yang aku tak akan sesekali melupaimu..
walaupun terlalu jarang kita bersua..
atau mungkin tak ada langsung..
tapi jalinan hubungan yang dicipta ini..
telah mewarnai hidup ku..
sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam..
sehingga ke isi hati yang pertama..
walaupon jurang perkenalan antara kita..
begitu jauh dan sangat sukar digapai..
namun itu bukan alasan pada aku..
untuk tidak mengingati kehadiran mu..
suatu tika yang dulu..

mungkin juga saat ni..
aku sudah tidak percayai
akan keupayaan aku sendiri..
aku mula takut pada kestabilan diri sendiri..
kerna semakin hari keadaannya semakin merunsing..
ingatan aku seolah-olah semakin teruk..
kadang-kadang sampai aku boleh lupai..
apa yang baru berlaku sekejap tadi..
dan aku tidak akan sesekali benarkan..
ianya menghapuskan kenangan terindah ini..

sebenarnya menulis luahan seperti ini..
perkara yang paling aku tak suka..
kadang-kadang rasa macam perempuan pula..
menulis sesuatu berbentuk diari untuk di kenangi..
tapi, aku tak ada pilihan lagi..
oleh kerana keinginan aku
untuk mewujudkan ruangan ini..
begitu mendesak-desak
sehingga semua kerja yang aku buat jadi tak kena..
buat itu salah.. buat ini pun salah..
mungkin tuhan juga merestui..
laman dedikasi yang aku wujudkan ini..

dan kepada kawan-kawan..
yang sedang baca ruangan dedikasi ini..
aku ucapkan terima kasih banyak-banyak..
kerana kalian sudi..
membaca sedikit rentetan
kisah terindah dalam hidup aku..
ianya bukanlah kisah-kisah cinta yang romantis..
seperti mana pasangan jack dan rose
atau romeo dan juliet..
tapi ianya kisah yang pernah aku lalui..
yang sempat aku selitkan diruangan memory..
sedari aku kecil hingga menginjak dewasa kini..

mungkin dedikasi ini agak membosankan..
tapi ianya sangat memberi makna dalam hidup aku..
ia mengungkaikan makna yang amat dalam..
sehingga mampu merubah hidup aku..
dari keadaan yang lalai dan tak baik..
kepada yang lebih prihatian dan makin baik..
dari hari ke hari..

dikala aku menulis semua ini..
terdetik di hati untuk mengingatkan semua..
agar hargailah mereka-mereka yang ada di samping..
hargailah mereka selagi mereka masih di sisi..
kerana bagi ku, seandainya kita kehilangan mereka..
disaat kita tak sempat
memberi yang terbaik padanya..
itu adalah satu-satunya kesakitan yang amat memeritkan..
kesakitan yang penuh dengan kesalan..

akhir sekali..
tiada apa lagi yang ingin aku katakan..
selain cuma mengharapkan pada kalian..
supaya setiap kali terbaca kisah-kisah ini..
aku harap mereka yang beragama islam..
sedekahkanlah al-fatihah..
pada rakan-rakan seagama kita..
yang telah balik ke pangkuan illahi..
walaupun kesudahan hidup mereka..
ada yang berbentuk menyayat hati..
tapi kita perlu menerima sebagai takdir illahi..
aku begitu kuat menghadapinya..
dan aku mahu kalian semua pun begitu..

Dipetik dari pada w:Himpunan Puisi :: dedikasi :: untuk tatapan semua..

Seja o primeiro a comentar

Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO