Tuesday, January 6, 2009

Doa untuk mu Palestin



وَاَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ, وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ, وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ, وَفِى العِرَاقِ, وَفِى كَشْمِيْر, وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ, وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ, ثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ, وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ.

Asalamualaikum w.a.t

Sejak akhir- akhir ini, dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam semakin menganas dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia sebagai mana yang berlaku di Gaza Bermulalah perancangan- perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai.

Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M.

Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917. Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.

Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin! Takbir!

"Marilah kita sama-sama berDoa"
Tips & Trick blogspot ::: BLOG INI TIDAK SEMPURNA TANPA MENGGUNAKAN FIREFOX MOZILLA SILA KLIK PADA GAMBAR FIREFOX DAN DOWNLOAD :::

:: POSTER ::

غزة 

منبع 

الشهدا&#1569

; Pictures, Images and Photos

:: MYBOLGLOG::

:: MUTIARA TERPILIH ::

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. "Saidina Ali bin Abi Talib"


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. "Saidina Abu Bakar As-Siddiq"

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. "Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. "Saidina Umar bin Al-Khatab"

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). "Saidina Ali bin Abi Talib"

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Salam Bersua Kembali © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO